Articles

Awas Teh Tarik Lovers!

View 483 : Today 1

“Mamak, teh tarik satu!” Ya, sangat familiar bukan? Teh tarik begitu terkenal di Malaysia bahkan telah menjadi kegilaan ramai dan tidak hairanlah ia telah menjadi satu tarikan budaya di negara ini. Sebabnya minuman dari teh yang dicampur dengan susu ini mempunyai rasa manis yang mengasyikkan apatah lagi jika ditambah ais dan diminum pada cuaca panas. Pergh

 

Walaupun kelihatan tidak membahayakan tubuh, namun ternyata tindakan mencampurkan susu ke dalam teh boleh membuat teh yang diminum kehilangan manfaat sihat di dalamnya. Menurut kajian yang ditulis di jurnal Nutrifood Research Center;

“Tindakan mencampurkan susu ke dalam teh memang menghasilkan cita rasa yang unik. Namun susu boleh merampas kandungan zat antioksidan di dalam teh. Sebab protein dari susu akan mengikat zat antioksidan di dalamnya sehingga tubuh tidak mendapat nutrisi tersebut secara maksimum”

Selain bahaya tersebut, kandungan gula yang berlebihan dalam teh tarik juga mampu membuat zat gula darah anda meningkat. Hal ini kemudiannya mampu meningkatkan kadar gula dalam darah secara drastik yang boleh membuat anda berisiko tinggi untuk terkena penyakit diabetes.

Sumber gambar: https://www.behance.net/gallery/22518429/Effect-Drinking-Teh-Tarik

Sumber gambar: https://www.behance.net/gallery/22518429/Effect-Drinking-Teh-Tarik

 

“Walaupun kandungan antioksida yang ada dalam teh tidak boleh anda serap secara maksimum kerana adanya tambahan susu, namun percampuran kedua zat ini tidak mampu menghasilkan sebatian yang beracun. Namun yang patut anda beri perhatian adalah kandungan gula di dalamnya.”

View 483 : Today 1
Click to comment
To Top