Articles

Kebaikan & Faedah “Functional Training”

View 516 : Today 1

Apakah faedah “functional training” dan apa yang membuat “functional fitness training” begitu baik untuk anda?

Sekiranya anda melawat mana-mana gimnasium, kelab kecergasan atau pusat kesihatan pada masa kini dan anda mungkin melihat semakin ramai orang menggunakan teknik-teknik “functional training” ke dalam latihan mereka. Dengan begitu banyak gaya latihan yang berbeza dan pelbagai teknik yang anda tidak pernah terfikir, ia kadang-kadang sukar untuk anda memikirkan teknik latihan sebegitu dan corak latihan adalah tidak masuk akal. Anda akan berasa anda tidak mampu untuk melakukanya serta anda akan sering berfikir gaya atau cara yang sesuai dan terbaik untuk anda mengatur teknik “functional training”. Mungkin sukar bagi anda pada peringkat awalan disebabkan teknik latihan mengunakan berat badan anda “body weight training” dengan kaedah menggunakan semua fungsi otot adalah berbeza dengan latihan-latihan yang anda lakukan sebelum ini.

Berikut adalah beberapa faedah utama “functional training”, yang mana memberi kekuatan tambahan bukan sahaja pada badan kita, ia juga memberi kesan kepada mental dan menaikkan tahap keyakinan diri anda dengan apa jua pergerakan dalam apa jua jenis sukan.

 

Pergerakan (Movement Matters) :

Badan kita direka untuk bergerak, bukan hanya duduk menghadap komputer sepanjang hari. Jika anda kurang bergerak, kuranglah penggunaan gula di dalam darah anda. “functional training” memberi tumpuan kepada latihan jenis corak pergerakan (movement patterns) bukannya focus kepada sesuatu otot sahaja (isolation).

Postur (Posture) :

“Functional training” boleh membantu untuk membetulkan postur badan anda dan memperbaiki ketidakseimbangan otot anda.

Pembakaran Lemak (Fat Burning) :

“Functional training” adalah senaman pembakaran lemak yang terbaik untuk setiap atlit, dengan menggunakan sepenuhnya otot dan berat badan ia akan meningkatkan kekuatan anda, ketahanan badan anda (endurance) dan meningkatkan metabolisme anda, ia adalah berbaloi bagi setiap minit latihan yang anda lakukan.

Kepadatan Otot (Muscle Tone/Density) :

Ia meningkatkan kekuata, badan yang ideal dan Nampak menarik, cuba kita lihat dan bayangkan rutin gimnastik di Sukan Olimpik, mereka sentiasa berlatih dengan corak/pola pergerakan serta mengangkat berat badan mereka sendiri, dengan rutin “functional” hasil dari itu kita boleh membandingkan keseimbangan dan kepadatan otot keseluruhan badan mereka lebih bagus dari mereka yang melakukan “isolation” training.

Kestabilan (Stability) :

Setiap sesi dan rutin mengandungi fleksibiliti, mobiliti, kestabilan, keseimbangan dan prinsip-prinsip latihan kekuatan untuk menjaga tubuh anda sentiasa bersedia dengan apa jua latihan dan bentuk halangan dalam keseluruhan latihan yang melibatkan ketahanan otot, badan anda akan sentiasa kuat, berkualiti dan sihat.

Sukan Spesifik (Sports Specific) :

“Functional training” menawarkan pelbagai keistimewaan latihan dan rutin penting pada ketahanan badan untuk semua jenis sukan. Meningkatkan hubungan antara sistem saraf dan otot, penggunaan setiap sudut otot dalam corak pergerakan yang cepat dan lebih bertenaga membuatkan anda akan berasa banyak perbezaan di atas tindakbalas rutin harian anda, anda akan lebih pantas! Tidak kira sukan pilihan anda adalah golf, ragbi atau MMA semua memberi manfaat dan kebaikan daripada “Functional training”.

Kekuatan Core (Core Strength) :

Dalam “Functional training” setiap latihan melibatkan pengaktifan core, tindak balas core/teras badan untuk menstabilkan tulang belakang terhadap tenaga luar, ianya disebabkan keseluruh corak pergerakan dan kedudukan badan yang berbeza mengaktifkan keseluruhan otot dan kestabilan badan.

View 516 : Today 1
Click to comment
To Top