Articles

Perkara Wajib Yang Perlu Diketahui Sebelum Bersenam

View 1,103 : Today 1

“Ingat pastikan melakukan aktiviti pemanas badan sebelum workout”

Perkara Wajib Yang Perlu Diketahui Sebelum Bersenam

  • Jangan lupa melakukan aktiviti pemanas badan sebelum workout. Penat bersenam tetapi masih tidak berjaya mendapat bentuk badan yang diidamkan? Sebenarnya ramai antara kita yang bersenam tetapi tidak dengan cara yang betul. Ia satu kesalahan besar yang akhirnya mendatangkan kerugian pada diri sendiri. Beberapa teknik perlu dan tidak perlu dilakukan dalam senaman mesti dipelajari agar ia tidak menjadi sia-sia.
  • Asas latihan perlu dipelajari dan difahami sepenuhnya agar dapat membantu anda mendapatkan hasil lebih efektif tanpa membuang waktu. Anda perlu tahu apa tujuan sebenar untuk anda datang ke gym. Latihan untuk setiap bahagian otot adalah berbeza-beza setiap satunya.
  • Waktu sesuai untuk bersenam, Pastinya setiap anda mempunyai waktu favourite untuk melakukan latihan. Soal waktu ini benar-benar memainkan peranan besar dalam meningkatkan latihan anda. bayangkan jika anda tidak mempunyai waktu latihan yang konsisten, latihan anda akan menjadi kurang produktif dan anda juga akan kurang berdisiplin dalam melakukan latihan. Jadi, tentukan waktu latihan yang tepat untuk lakukan latihan anda. Pilih masa yang tetap untuk latihan agar jadual harian anda juga tidak terganggu.
  • Nutrisi juga amat diperlukan untuk memperkuatkan otot dan memperbaiki jaringan yang rosak. Selain itu, anda juga perlu mendapatkan kandungan air yang cukup setiap hari agar tubuh anda tidak terhidrat semasa melakukan latihan.
  •  Elak bersenam dengan perut kosong, Mungkin ramai menyangka melakukan latihan ketika perut kosong, pasti hasil yang diinginkan akan menjadi lebih cepat. Ini adalah salah! Makanlah sebelum dan sesudah melakukan latihan. Hal ini kerana badan anda memerlukan bahan bakar untuk mendapatkan hasil maksimum daripada latihan tersebut.
  • Lakukan lebih dari satu jenis latihan, Lebih banyak jenis latihan yang dilakukan, lebih baik. Kombinasi beberapa jenis latihan mampu mendapatkan pembakaran lemak yang maksimum. Anda juga pasti tidak akan merasa bosan ketika melakukan latihan. Sebagai contoh, anda boleh memulakan latihan ringan seperti menangkat dumbbell terlebih dahulu sebelum beralih kepada latihan lebih berat seperti berlari di treadmill.
  • Elak overtraining, Melakukan latihan selama tujuh hari seminggu dengan pelbagai latihan berat tanpa berehat hanya akan memudaratkan anda. Berikan masa untuk tubuh pulih sepenuhnya sebelum melakukan latihan lain. Berehatla sehari atau dua untuk memastikan tubuh anda benar-benar sihat.
Click to comment
To Top