Articles

Membakar LEMAK dengan latihan HIIT

View 403 : Today 1

HIIT, atau high-intensity interval training, adalah teknik latihan di mana anda melakukan latihan dengan usaha berhabis-habisan (all out), seratus peratus usaha dengan pantas, diikuti dengan ledakan tenaga maksima, serta tempoh pemulihan yang rendah. Latihan ini akan mengekalkan kadar degupan jantung yang tinggi dengan kadar membakar lemak dalam masa yang singkat dan lebih cepat.

Pelbagai cara dan teknik latihan HIIT bergantung kepada tahap kecergasan diri.

  • Beginner/permulaan

5 senaman, lakukan setiap langkah selama 20 saat dengan 60 saat rehat diantara senaman. lengkapkan keseluruhan set 1-2 kali.

  • Intermediate/pertengahan

6 senaman, laksanakan setiap langkah selama 30 saat dengan 10 saat rehat diantara senaman. Rehat 45 saat selepas satu set, ulangi keseluruhan senaman untuk 5 pusingan.

  • Advance

10 latihan, laksanakan setiap rutin senaman selama 45 saat dengan 10 saat rehat diantara senaman. Rehat 60 saat selepas satu set, ulangi keseluruhan rutin untuk 10 pusingan.

Antara senaman yang biasa digabungkan didalam latihan HIIT.

  1. Box Jumps
  2. Kettlebell Swings
  3. Clean/Jerk Press (dumbbells)
  4. Burpees
  5. Pull-up
  6. Mountain Climbers
  7. Squat Plyo Jumps
  8. Flutter Kicks
  9. Push-Ups
  10. Lunge with Bicep Curl

Latihan HIIT dengan mengunakan bebanan (dumbbells, barbells and resistance machines) adalah teknik yang paling berkesan untuk mengubah bentuk badan anda.

Sama ada anda mahu bahu lebih lebar, lengan yang besar, bahagian bawah badan lebih solid, core yang lebih kuat, tiada apa yang akan membantu anda untuk mencapai lebih baik daripada menambah bebanan dan rintangan dengan tahap usaha yang tinggi dalam setiap latihan dan pergerakan anda.

Click to comment
To Top