Articles

5 Kesalahan Diet yang Perempuan Kena Tahu!

Aku nak diet! Aku nak diet! Sambil bawak sepanduk keliling kantin. Apakah? Ok. Pernah tak korang jumpa dengan spesies perempuan yang obses nak diet tapi dah setahun diet tapi badan tetap sama. Berat tetap sama. Turun pun sikit. Tu pun senang naik semula! Ok jom kita semak apa kesalahan diet untuk kurus yang perempuan kena tahu!

 

1. SANGGUP BERLAPAR

Gemuk sebab banyak makan. So kalau nak kurus, jangan makan. Salah tu! Sebab bila kita elak untuk makan, kena tahan lapar, korang hanya akan melemahkan metabolisme badan! Bila metabolisme badan lemah, proses pembakaran lemak pun akan terjejas. Sebab tu kita tengok kakak kakak yang obses taknak makan sebab nak diet, antara kriterianya adalah muka nampak pucat, sampai suami tengok pun seram, badan hilang tenaga sampai ajak angkat gelas pun boleh terlepas kot. METABOLISME dah menurun akibat salah ajaran kata kena berlapar kalau nak kurus! Ini la padahnya!

2. MELAMBATKAN SARAPAN

Rata rata perempuan suka melambatkan sarapan. Bukan diri sendiri je, tapi anak suami pun terpaksa sarapan lambat ikut perangai kakak ni. Ops. Kesian. Tahu tak melambatkan sarapan ni salah satu kesalahan diet yang besar? Bila badan kita bangun pagi, tak terima apa apa nutrisi daripada makanan, badan akan letih, dan tenaga takde, so sistem badan akan paksa untuk serap energy dari otot. Bila otot terpaksa serah energy untuk tampung badan kita, metabolisme pun terjejas jugak. yela sebab otot la penggerak metabolisme badan! Jangan kacau kilang otot boleh?

3. KURANG MINUM AIR PUTIH

Bukan air sirap ok. Air putih. Ataupun air suam. Kurang minum air putih pun kesalahan diet jugak! Bila kita kurang minum air putih, badan akan tahan air yang sedia ada dalam badan kita. Tu namanya gemuk air! Tapi kalau kita minum air masak 8 gelas sehari, kita akan kerap kencing. Dan proses tu akan elakkan kita dari terkena penyakit gemuk air haha.

4. TAK MAKAN SELEPAS BERSENAM

Abu dan Ali pergi joging. Selepas joging, Ali makan roti dan minum air milo. Abu gelakkan Ali sambil berkata “Apa ke jadah kau joging tadi kalau lepas joging, kau terus makan?” Ok sila gelakkan Abu haha. Selepas bersenam, sila la jamah makanan. Jamah bukan melantak. Jamah makanan bersumberkan sedikit karbo dan protein, boleh tampung keperluan nutrisi badan!

5. ELAK MAKAN MALAM

Memang betul. Seeloknya jangan ambik makanan pada waktu malam yang berasaskan karbohidrat macam nasi. Sebab badan kita bila waktu malam, tak perlukan kalori yang tinggi. Pagi tu lain cerita. Sebab nak buat macam macam kerja. Tapi waktu malam cukup la sekadar minum minuman protein. Protein bagus untuk badan kita pulih dari segi sel sel, dan hormon. Waktu tidur tu la masanya untuk badan pulih!

 

Last but not least, pilihlah produk terbaik yang boleh bantu anda semua untuk DIET. Ambil makanan atau minuman berserat tinggi, yang boleh meningkatkan metabolisme badan, dan minuman protein yang boleh bantu anda rasa kenyang! Boleh cuba klik di sini.

No products found
To Top