Articles

Amalkan 3 Makanan Ini Untuk Mengawal Mood Swing Anda

Sedar atau tidak, perasaan kita atau mood sentiasa bergantung pada pelbagai faktor luaran seperti cuaca, perangai manusia, tekanan kerja, dan macam-macam lagi. Jadi kalau kita sentiasa bad mood, bagaimana untuk fokus kepada latihan atau bersenam? Susah kan bila kita asyik memikirkan masalah seharian kita, sepanjang hari, setiap hari. Lama-kelamaan, motivasi untuk mencapai atau mengekalkan tubuh badan idaman dah kelaut.

Oleh itu, jum kita kenali peranan beberapa makanan yang mampu menukarkan muka lonjong anda kepada senyuman kambing sampai ketelinga.

 

Coklat Menghilangkan Stress

Coklat mengandungi molekul psikoaktif yang membuat pemakan coklat berasa tenang. Tambahan pula, beberapa kandungan coklat seperti caffeine, theobromine, methyl-xanthine dan phenylethylalanine dipercayai dapat memperbaiki mood dan mengurangkan keletihan sehingga dapat digunakan sebagai ubat anti-depresi. Tetapi, perlu ingat bahawa memakan makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi akan menyebabkan kencing manis dan obesiti, jadi beragak-agaklah ya apabila hendak melawan stress dengan coklat.

 

Pisang Mencegah Kesedihan

Tahu atau tidak, buah pisang memberikan sekitar 27 miligram potasium ke dalam tubuh kita dan memberikan kita beberapa impak yang baik seperti meningkatkan mood dan memberikan kualiti tidur yang baik. Kekurangan potasium ini sebenarnya membuatkan kita berasa lebih cemas dan murung. Jadi anda yang sentiasa berasa cemas dan mudah panik, adalah kerana anda kekurangan potasium dalam tubuh badan anda.

 

Teh Hijau Melawan Kemarahan

Teh Hijau? Yucks. Ramai yang tidak suka teh hijau ni kerana rasanya yang kadang kala pahit, tawar, dan macam-macam rasa bergantung pada lidah anda. Tetapi, itu mungkin penyebab anda asyik hendak marah dan mengamuk. Ramai yang tahu Teh Hijau ini merupakan teh pembakar lemak yang mujarab, tetapi tahukah anda teh hijau ini kaya dengan Theanine, sejenis asid amino. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.

 

Jadi anda tidak perlu untuk menangis dalam tandas, jerit bawah bantal, atau menumbuk dinding untuk melepaskan geram, marah, stress anda lagi. Amalkan tiga makanan di atas dalam pemakanan seharian anda, anda pasti akan berasa ceria sepanjang hari, setiap hari.

 

P/S: Anda adalah apa yang anda makan, selamat mencuba

Ditulis oleh:

Kidd Zahar

No products found
To Top