Articles

Jangan Amalkan Mitos-Mitos Ini Kalau Nak Six Pack!

Mitos Abdomen 1: Jangan gunakan beban untuk latihan abdomen.

Saya lihat banyak juga yang berpegang pada mitos ni, tapi saya tak pernah nampak logiknya. Sekiranya anda menggunakan beban untuk latihan dada, kaki, biceps dan sebagainya, mengapa tidak guna beban untuk abdomen? Otot abdominal tidak berbeza dengan otot-otot lain.

Sekiranya anda sudah mempunyai abdomen yang boleh dilihat (baca: ‘six pack’), penggunaan beban untuk latihan abdomen akan membuatkan abdomen anda lebih menarik. Sekiranya ‘six pack’ anda masih lagi di bawah lapisan lemak di perut, anda harus fokus tentang diet anda.

 

Mitos Abdomen 2: Latihan dengan ulangan tinggi (‘high reps’) akan beri ‘tone’ kepada abdomen.

Pertamanya, anda perlu tahu bahawa ‘tone’ atau definisi otot hanya boleh dapat dilihat sekiranya anda mempunyai peratusan lemak badan yang rendah. Keduanya, anda tidak boleh mengurangkan lemak pada bahagian-bahagian tertentu di badan anda dengan membuat latihan pada bahagian tersebut. ‘Spot reduction’ adalah mitos yang sudah sangat-sangat diketahui umum sepatutnya.

Wanita akan mempunyai kecenderungan untuk menyimpan lemak di bahagian triceps dan pinggul; lelaki pula akan lebih cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian bawah abdomen dan belakang. Ianya ditentukan oleh genetic dan bukan sebab kita kurang membuat latihan di bahagian tersebut. Jadi, jumlah ulangan yang tinggi atau rendah tidak memainkan peranan untuk ‘tone’ dan definisi otot.

Klik Di Sini jika anda mahukan protein untuk support pertumbuhan otot.

 

Mitos Abdomen 3: Membuat latihan menggunakan ‘stability ball’ akan menjadikan imbangan lebih baik

Penggunaan beban bebas (‘free weights’ – atau lebih mudahnya latihan yang tidak menggunakan mesin) di kalangan atlit, latihan ‘functional’ dan latihan gerakan adalah berdasarkan satu teori yang dikenali sebagai Theory of Specificity. Teori ini menyatakan kekuatan, imbangan dan koordinasi adalah sangat spesifik untuk pergerakan yang dilakukan. Kata kunci di sini ialah PERGERAKAN.

Secara ringkasnya, sekiranya anda mahu jadi seorang pelari pecut yang baik, anda harus lari pecut; sekiranya anda mahu jadi lebih kuat untuk buat deadlift, anda harus deadlift; sekiranya anda mahu jadi lebih baik dalam lompat tinggi, anda harus lompat tinggi. Jadi, sekiranya anda berbaring di atas ‘stability ball’ dan buat latihan ‘crunches’ untuk abdomen, makan akan hanya jadi lebih baik dalam keseimbangan berbaring di atas ‘stability ball’ dan buat ‘crunches’. Keseimbangan yang anda dapat melalui latihan tersebut tidak akan diterjemahkan dalam aktiviti lain, seperti berlari atau berjalan.

 

Mitos Abdomen 4: ‘Hanging Leg Raises’ akan menumpukan latihan abdomen bahagian bawah.

Secara anatominya, tiada abdomen bahagian atas atau bawah. Rectus abdominis adalah satu otot. Rectus abdominisini mempunyai jaringan saraf yang berbeza, mungkin sebab itu ada yang membahagikan otot ini kepada dua bahagian, atas dan bawah, dan mungkin ianya boleh dieksploitasi dengan menggunakan latihan yang memfokuskan jaringan saraf berbeza ini. Namun, walaupun sekiranya ia boleh dieskploitasi sebegitu, ‘hanging leg raises’ dengan cara yang biasa anda nampak di gimnasium adalah tidak berfaedah.

abdominals

Fungsi utama rectus abdominis adalah untuk melengkungkan tulang belakang (‘flexion of the spine’). Sekiranya anda hanya mengangkat kaki tanpa melengkungkan badan anda ketika melakukan ‘hanging leg raises’, maka anda menggunakan kumpulan otot berbeza yang dinamakan ‘hip flexors’. Ini adalah demikian kerana otot abdomen tidak mempunyai ‘attachment’ ke kaki anda, dan tidak mungkin abdomen anda boleh mengangkat kaki anda. Rasa di abdomen ketika anda melakukan pergerakan salah ini adalah disebabkan oleh ‘hip flexors’ yang terletak jauh ke dalam, di bahagian bawah abdomen anda.Latihan perut adalah satu-satunya latihan yang anda perlu melengkungkan badan anda.

Sekiranya anda inginkan tenaga ekstra semasa workout, Klik Di Sini.

 

To Top